NUFF

ex

Snap Shots

Get Free Shots from Snap.com

Saturday, February 26, 2011

AMALAN KHUSUS BULAN MAULIDUN NABI SAW

Assalamualaikum WBT...
Alhamdulillah, segala pujian dipanjatkan kehadhrat Allah 'Azza Wajalla, selawat dan salam buat kekasih junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan pujian dan madeh yang selayaknya buat baginda SAW, kepada ahli keluarganya, sahabatnya dan mereka yang mengikuti jejak langkah dengan baik sehingga hari kiamat kelak.

Alhamdulillah, sempena bulan Maulid Al Rasul SAW marilah kita memanjatkan segala kesyukuran kepada Allah 'Azza Wajalla kerana mengurniakan Al Musthafa SAW kepada kita. Secara peribadinya pada jam 10.30 pagi (18/02/2011) saya telah menghubungi tuan guru kita yang dicintai iaitu Al Imam Sayyidi Muhammad bin Idris Al Idrisi Al Hasani RA, mursyid Tariqat Al Muhammadiyah Al Idrisiyah. Beliau telah menyampaikan salam buat sekalian ikhwan dengan lafaz 'Assalamualaikum dan berharap agar ikhwan berada dalam keadaan sejahtera dengan syafaat Nabi Muhammad SAW'.
 
 
Beliau juga telah mengamanahkan kepada kita satu lagi wazhifah (tanggungjawab) amalan khusus sempena bulan Maulid An Nabi SAW iaitu:
1. Membaca Selawat Al 'Azimiyah 100x
2. Membaca Selawat Al Jami'ah 100x
3. Membaca 'Astaghfirullah' 129x
4. Membaca Husun Al Mani'ah riwayat Imam Al Sanusi sebanyak sekali.
 
QuranTour Interactive Audio Recitations

Nuff

ex

recent

My Blog List