NUFF

ex

Snap Shots

Get Free Shots from Snap.com

Saturday, July 18, 2009

PENTING!! Fakta Berkaitan Sihir

"Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"

....Ingat! Sesungguhnya dalam jasad (manusia) ada segumpal darah.Jika ia baik, baiklah jasad seluruhnya. Jika ia rosak, maka rosaklah jasad seluruhnya. Ingat! Itulah hati...


Fakta Penting Tentang Sihir:

  • Kemungkinan ada kesamaan antara tanda-tanda sihir dan tanda-tanda kerasukan/kesurupan.
  • Rasa sakit terus menerus di perut orang yang disihir petanda sihir tersebut berupa makanan atau minuman.
  • Tidak akan dapat melakukan rawatan secara Islam melainkan2 syarat:
  1. Istiqamah orang yang merawat melaksanakan perintah Allah.
  2. Keyakinan pesakit akan kemujaraban rawatan al-quran.
  • Hampir semua jenis sihir memiliki tanda ini: "Merasa sesak di dada terutama pada waktu malam."
  • Anda dapat mengetahui tempat sihir dengan 2 perkara:
  1. Pemberitahuan jin yang diberi tugas melakukan sihir itu, tetapi jangan terus percaya sebelum anda mencari sihir di tempat yang disebutkan. Sekiranya anda jumpa bermakna dia jujur tetapi jika tidak maka ketahuilah bahawa jin suka berbohong.
  2. Pesakit atau perawat solat 2 rakat dengan sungguh-sungguh, ikhlas, tenang dan khuyuk pada sepertiga malam lalu berdoa kepada Allah supaya Allah berkenan menunjukkan tempat sihir.Setelah itu mungkin dapat mimpi melihatnya atau datang perasaan tertentu kepada perawat atau pesakit. Mungkin juga akan rasa keyakinan yang kuat tentang tempat sihir tersebut.
  • Anda boleh membaca ruqyah di minyak habbatus sauda' dan gosokkan minyak tersebut setiap hari pagi dan petang di tempat yang sakit.

Ayat-Ayat Pelindung Daripada Sihir Jin & Manusia :

1.) Al-A'Araf ( Surah 7 : Ayat 117-122 )
2.) Yunus ( Surah 10 : Ayat 81-82 )
3.) Thoha ( Surah 20 : Ayat 69 )
  • Dibacakan pada mangsa sihir
  • Di tulis dengan dakwat bersih dan suci kemudian dilarutkan pada air dan di minum
  • Dibaca pada air yang bercampurkan dengan daun bidara lalu dibuat mandi
  • Dirakamkan ayat-ayat ini lalu didengarkan pagi dan petang hingga sembuh. InsyaAllah.


وَأَوْحَيْنَا إِلَى مُوسَى أَنْ أَلْقِ عَصَاكَ فَإِذَا هِيَ تَلْقَفُ مَا يَأْفِكُونَ (117) فَوَقَعَ الْحَقُّ وَبَطَلَ مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ (118) فَغُلِبُواْ هُنَالِكَ وَانقَلَبُواْ صَاغِرِينَ (119) وَأُلْقِيَ السَّحَرَةُ سَاجِدِينَ (120) قَالُواْ آمَنَّا بِرِبِّ الْعَالَمِينَ (121) رَبِّ مُوسَى وَهَارُونَ | 122
Dan kami wahyukan kepada Musa: "Lemparkanlah tongkatmu!" Maka secara tiba-tiba tongkat itu menelan apa yang mereka pura-pura adakan (117). Kerana itu nyatalah yang benar dan batallah yang selalu mereka kerjakan (118). Maka mereka kalah ditempat itu dan jadilah mereka orang-orang hina (119). Dan ahli-ahli sihir itu secara serta-merta bersujud (120). Mereka berkata: "Kami beriman kepada Tuhan semesta alam (121). Iaitu Tuhan Nabi Musa dan Nabi Harun (122).

2.) Yunus ( Surah 10 : Ayat 81-82 )

فَلَمَّا أَلْقَواْ قَالَ مُوسَى مَا جِئْتُم بِهِ السِّحْرُ إِنَّ اللّهَ سَيُبْطِلُهُ إِنَّ اللّهَ لاَ يُصْلِحُ عَمَلَ الْمُفْسِدِينَ (81) وَيُحِقُّ اللّهُ الْحَقَّ بِكَلِمَاتِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُجْرِمُونَ | 82
Musa berkata: "Apa yang kamu lakukan itu, itulah yang sihir, sesungguhnya Allah akan menampakkan ketidak benarannya." Sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan terus berlansung pekerjaan orang-orang yang membuat kerosakan (81). Dan Allah akan mengukuhkan yang benar dengan ketetapan-Nya, walaupun orang-orang yang berbuat dosa tidak menyukainya (82).

3.) Thoha ( Surah 20 : Ayat 69 )

وَأَلْقِ مَا فِي يَمِينِكَ تَلْقَفْ مَا صَنَعُوا إِنَّمَا صَنَعُوا كَيْدُ سَاحِرٍ وَلَا يُفْلِحُ السَّاحِرُ حَيْثُ أَتَى | 69
Sesungguhnya apa yang mereka perbuat itu adalah tipu daya tukang sihir (belaka). Dan tidak akan menang tukang sihir itu, dari mana saja ia datang (69).

No comments:

Post a Comment

QuranTour Interactive Audio Recitations

Nuff

ex

recent

My Blog List