PENDUDUK MARAH DAKWA DITIPU
Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my
HULU SELANGOR 28 Feb. – Beberapa hari selepas insiden yang meragut nyawa Allahyarham Syafiah Humairah Sahari, penduduk di Taman Batu 30 di sini melahirkan rasa marah dan kecewa kerana ditipu oleh ibu dan teman lelaki kanak-kanak malang tersebut.
Rata-rata penduduk yang tinggal di kawasan perumahan itu mendakwa, mereka selama ini ditipu pasangan tersebut yang mengatakan kononnya mereka suami-isteri.
Namun, insiden yang menimpa Allahyarham Syafiah Humairah pada Khamis lalu akhirnya membongkar rahsia pasangan itu apabila mereka sebenarnya masih belum mempunyai ikatan.
Berikutan rasa marah terhadap pasangan tersebut, beberapa individu bertindak menconteng dinding hadapan rumah suspek menggunakan cat hitam dengan perkataan ‘pembunuh’.
Menurut penduduk, dalam ‘sandiwara’ itu, teman lelaki wanita tersebut yang merupakan pemandu teksi tidak berasa segan untuk memperkenalkan anak lelaki berusia setahun enam bulan sebagai anak mereka.
Ahli jawatankuasa surau taman itu, Khalid Abdul Hamid, 43, berkata, sejak mengenali pasangan tersebut awal tahun lalu, penduduk pernah bertanya kepada bapa suspek mengenai status hubungan mereka.
“Ketika ditanya, bapa suspek yang tinggal sekali di rumah itu berkata, dia mengaku telah menikahkan mereka.
“Selepas itu, kami cuba meminta bukti hubungan mereka, namun keluarga terbabit tidak memberi kerjasama dan hanya cuba meyakinkan penduduk melalui percakapan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Allahyarham Syafiah Humairah mati akibat didera oleh teman lelaki ibunya di padang bola berhampiran rumah mereka di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama dekat Batang Kali pada Khamis lalu.
Kanak-kanak malang terbabit sebelum itu dihantar ke wad kecemasan Hospital Kuala Kubu Bharu oleh suspek yang mendakwa mangsa terbabit dalam kemalangan jalan raya.
Namun, pihak hospital yang curiga dengan tingkah laku lelaki itu menghubungi polis kira-kira pukul 11 malam untuk memaklumkan mengenai kemungkinan kematian kanak-kanak itu akibat didera.
Berikutan itu, suspek yang berusia 28 tahun kemudian ditahan bagi membantu siasatan.
Khalid menambah, berikutan tiada gangguan daripada penduduk, pasangan tersebut tinggal seperti suami isteri meskipun pada hari-hari tertentu.
Seorang lagi penduduk, Muhd. Halilur Rahman, 32, memberitahu, sebagai penduduk, mereka berasa terkilan dengan penipuan itu dan berasa bersalah terhadap insiden yang menimpa mangsa.
“Akibat mempercayai penipuan itu, nyawa seorang kanak-kanak telah melayang dan tragedi itu tidak akan kami lupakan.
“Kami juga meminta maaf kepada orang ramai dan keluarga mangsa kerana tidak membantu Syafiah Humairah ketika dia dipukul oleh konon bapanya di tepi padang pada hari kejadian,” ujarnya.
Jiran suspek, Rafani Osman, 56, pula memberitahu, dia tinggal berjiran dengan keluarga terbabit yang berpindah dari Melaka kira-kira 15 tahun lalu namun tidak pernah melihat Syafiah Humairah menangis.
“Saya hanya melihat ibu mangsa sahaja yang selalu memandu teksi Mat (suspek) meronda di kawasan taman bersama anak mereka berusia setahun enam bulan.
“Walaupun tidak rapat dengan keluarga mereka tetapi saya dan semua orang tahu Mat adalah seorang yang bermasalah,” ujarnya yang tinggal selang empat buah rumah dengan keluarga suspek.
Tambahnya, penduduk taman itu bagaimanapun ternyata terkejut apabila mengetahui kanak-kanak malang itu mati selepas didera suspek dan pasangan terbabit juga tidak pernah bernikah sebelum ini.
Moral: apa dah jadi masyarakat kita.. meninggalkan Allah demi dunia.. inilah hasilnya.. fungsi masyarakat mungkin besar sangat untuk kita salahkan.. tapi FUNGSI KELUARGA... KELUARGA JADI APA?
kalau dulu2.. bila mak ayah tak ada.. dalam satu kampung pak long, pak ngah, uteh, acik.. semua ada fungsi, kalau mak ayah tak nampak, tak sempat nak tegur, tak tahu.. kaum kerabat lain akan main peranan, dan bila mereka menegur dan bersuara.. kita akan rasa takut.. sama takutnya macam ibu ayah kita yang menegur..
kita jadi takut nak buat salah lagi.. sebab lepas kena marah dengan pak long. gerenti kena lagi dengan ibu ayah..
tapi senario kini jauh berubah..jangan kata pak long, pak ngah, uteh.. atau wan atau atok.. mak ayah pun dah tak kisah atau tak kuasa ke menengur? tak tahu? mustahil? takut? carilah bantuan..
bertahun2 hidup... bermasyarakat.. tak kan sekali tak dengar khubah jumaat.. tak kan tak dengar ceramah.. tentang dosa dan pahala.. tentang halal dan haram...
puas jiwa memikirkan dimana yang tersilapnya..
'tragedi Syafiah' adalah harga yang harus dibayar oleh keluarga ini..
sedih... bukan lagi sedih.. tapi simpati rasanya...tidak harus diberi kepada keluarga..
hanya untuk Syafiah.. mungkin...
Ya Allah...
DiGi is giving away free ASUS Eee PC Netbook + modem
-
*UP FOR GRABS : Free ASUS Netbook + Modem!*
Are you a student who needs a new computer and data plan to help you in
your studies? Or are you a working adu...
No comments:
Post a Comment